Ada sebuah gerai ni kat tepi jalan je, mengadap masjid. Orang Melayu yang berniaga. Dah bertahun-tahun I katPJ ni, memang I tengok gerai ni dah bertahun-tahun berniaga disini. Dia sorang je la, suami isteri, takde saingan lain kecuali hari Jumaat dimana ada gerai sementara dibuka yang berniaga untuk mereka2 yang pergi sembanhyang Jumaat.

Al-kisahnya, my bf suka lah plak makan nasi lemak kat gerai ni. Katanya sebab sambal dia best, manis dan tak pedas. Bagi I okay je la, sebab I suka yg pedas dan tak manis. Tapi oleh kerana bf I suka, I pun suka juga. Nak dijadikan cerita, petang semalam, I dan bf ni singgahlah nak makan nasi lemak gerai depan masjid ni.

Masa kitorang sampai, ada 3 orang yg  bekerja. si suami isteri ni, dan ada sorang budak lelaki yg tidaklah kami tahu sama ada anak atau pembantu dia. Masa kami sampai, hanya kami dan seorang lelaki yg tengah menunggu si isteri membungkuskan air. Yang hairannya, si suami dia ni yang tengah makan, sedikit pun tidak bertanya apakah makanan yang kamu mahu. yang si anak ni tadi tengah melipat payung boleh buat tak tau yang kami sudah tercegat disitu dekat sepuluh minit.

Apekah? Tak nak duit ke diorang ni? Kitorang datang nak makan, nak bagi korang bisnes, nak bagi korang duit. Tak nak ke? Boleh buat hal masing-masing. Yang si isteri membungkus dua gelas air pun terkebil-kebil, yang si suami tak reti berhenti sekejap ambil dulu order kami atau si anak tidak reti berhenti, letak dulu barang dan ambil order kami? Gerai punya kecik nak serve dua org yg nak makan nasi lemak dua pinggan pun macam bz dan penat keja kedai mamak buka 24 jam!

Yang paling bestnya, ada plak dua lelaki datang nak beli kerpok dan goreng pisang, si suami ni boleh plak pergi bungkuskan orang yang baru sampai ni. Masyaallah, peniaga jenis apekah diorang ni.
My bf yg dah sakit ati, terus tinggalkan gerai tu. I sempat tengok muka diorang anak beranak yang blur melihatkan kitorang terus blah je.

Patutlah korang dah bertahun-tahun berniaga masih lagi berniaga kat situ. Tak ada peningkatan. nak kata makin maju..ermmm i don't see any changes. Bukan ape, cara berniaga yang begitu lembab dah tentu2 ada pelanggan yang lari, tapi diorg ni lupa, tiap kali pelanggan yang merungut kerana sikap mereka yang tak berniaga dengan baik merupakan satu doa pada mereka. Berniaga depan masjid, pakai kopiah, tapi benda yang begitu simple pun tak reti. Anyway, that would be our last visit. No more!

 
Mari berangan.. 02/03/2009
 

Bayangkan almari atau walk-in closet anda penuh dengan pakaian dari untuk bersantai hinggalah untuk ke red carpet dan majlis anugerah. Kasut dari flip-flop sampailah ke killer heels. Handbag dari clutch hinggalah ke trunk case. Semuanya dari yg jenama biasa hinggalah ke world top designer.

Wah, sape tak nak kan? Kalau nak berangan benda2 macam ni memang tak tido malam aku dibuatnya. Tapi apa kata kita cuci mata tengok antara walk-in closet selebriti Hollywood yang membuatkan anda rasa mahu kerja keras hari ini juga! :P

Best kan? Ada ke orang tak nak koleksi macam ni? Hehe..
Anyway, tell me how your dream walk-in closet will look like.

 
 
 
Yummeh! 10/28/2008
 
 
 

Semalam saya menggatal tangan cuba masuk kuiz disalah sebuah blog digital scrapbooking kegemaran saya. Kebetulan pula salah seorang dari teman designer nya mengadakan kuiz. Kuiz kacang je la.Bukan susah pun.

Saya cuma perlu lawati link designer yang offer hasil kerja mereka. Kemudian saya hanya perlu pilih designer mana dan set mana yang paling saya gemari dan kenapa. Wah, bukan ke senang tuh? Cuma pilih je la kan? Pastuh selebihnya bergantung pada nasib.

Sebenarnya saya ada la puji-puji skit kenapa saya suka design set yang saya pilih tu. Dan hasilnya..
Saya memenangi set kiut yang saya gilakan ini...

Klik gambar utk lihat versi lebih besar. Sesiapa berminat nak membeli boleh lawati website designer ni di  http://www.sugarplumpaperie.com/

 
 
 
 

Terus terang saya katakan, saya tidaklah benar-benar dapat meneyelami perasaan orang yang bersedih dan menangis kehilangan binatang peliharaan. Semasa saya kecil pun, keluarga ada membela beberapa ekor kucing, kalau ada yang mati saya cuma bersedih biasa saja, kemudian saya ok.

Baru-baru ini pada 22 March 2008, teman lelaki saya menghadiahkan seekor arnab. Saya memanggilnya Bobboy. Ia arnab Holland Lop. Bulunya sungguh halus, sungguh lembut dan ia haiwan yang amat lemah lembut.

Pada hari ketiga, ia sudah mula jinak. Sudah pandai datang sendiri ke riba saya dan menyentuh paha saya tanda mahukan makanan. Kadang-kadang dia sengaja tidak mahu makan sendiri dari bekas yg telah saya berikan, tetapi mahu saya menyuapnya sendiri ke mulutnya.

Hari keempat, dia semakin jinak. Apabila saya meniarap kala saya melayari internet, dia akan memanjat keatas belakang saya lagaknya seperti mengurut belakang saya. Kaki dan tangannya memijak lembut hingga saya geli hati melihat gelagatnya bermain baju saya.

Hari kesembilan 31 March 2008, pagi seperti biasa saya keluarkan dari sangkar. Melepaskannya bebas bermain disegenap ruang rumah. Seperti biasa juga, dia gemar bermain dibawah sofa, duduk termenung dan kemudian kehulu kehilir bermain dicelah-celah perabot. Kemudian saya perhatikan, dia tidur pula dibawah sofa. Hairan juga, Bobboy susah tidor siang.

Menjelang malam, gelagat dia nampak lain. Dia kerap baring dan menukar-nukar posisi. Tapi saya tidak mengambil serius. Saya anggap itu hanya gelagat yang baru dipelajarinya dan dia masih bergerak aktif sekali sekala. Maklumlah ia masih kecil.

Pukul 10 malam, dia poop diruang tamu. Saya menegurnya kerana saya tahu dia pandai poop didalam tempatnya. Kemudian saya perhatikan yang dia sebenarnya diarrhea (cirit-birit). Mungkin sebab itu dia, mempunyai masalah untuk poop macam biasa dan perwatakannya berlainan.

Pukul 3 pagi (1 April 2008), Bobboy semakin kerap dan banyak poop merata-rata. Dan ia juga berbau. Saya sudah mula risau, kerana saya banyak mebaca dari internet, anak arnab memang mudah terkena diarrhea dan kebiasaannya akan mati.

Bulu berhampiran buntut Bobboy juga comot dan bersememeh dengan poopnya. Saya rasa sungguh kasihan, dia nampak seperti tidak keruan. Saya mengusapnya, cuba membersihkannya walaupun dia menjadi agak agresif. Saya terpaksa membedungnya agar saya dapat membersihkannya.

Sehingga ke pagi, saya tidak tidur.

Saya tidak sabar nak menunggu pagi, saya ingin membawanya ke klinik. Saya asyik menangis. Saya tak mampu tahan melihat dia terseksa
dan tak keruan.

Pukul 10.15pagi, Bobboy berjumpa doktor. Dia diberikan antibiotic, dan pil untuk dimakan bila perlu. Kemudian kami pulang, Bobboy diberi makan
ubat dan dia nampak lega. Dia minum air glukos dengan rakus sekali dan makan sedikit hay. Malam, dia banyak duduk diam termenung.
Tidak berapa gemar dipegang melainkan hanya dibelai.

Pada pagi 2 April 2008, keadaan Bobboy tidak berubah. Poopnya masih cair dan seperti jeli. Dia nampak sangat lemah, apatah lagi dia langsung tak makan, dan minum hanya jika saya memberikan melalui syringe. Saya menangis lagi.

Saya putus harapan melihat dia terseksa.
badannya semakin lemah, kurus, nafasnya tak menentu, matanya cengkung dan layu memandang saya seolah-olah meminta belaian.Saya masih memberikannya antibiotic dan air glukos. Petang saya bersihkan buntutnya dengan air suam kerana sudah terlalu messy.

Pukul 7.30pm saya blender makanan hay Bobboy untuk dibancuh untuk menyuapnya.Ketika saya menyuapnya saya membelai telinganya, terasa telinganya sejuk.Badannya lembik dan teramat ringan seperti kertas. Hay yg saya suap, entah kemana kerana saya tidak nampak dia seperti menelan tapi ia tidak pula tumpah keluar.

Pukul 7.50pm, saya membedung Bobboy sambil mengusapnya kepalanya sambil bercakap-cakap kepadanya agar bertahan dan jangan seksa kakak. Saya membahasakan diri sebagai kakak. Kala itu saya asyik menangis tak henti-henti. Kemudian tiba-tiba kakinya menunjal-nunjal luar dari kebiasaan.

Saya meraung-raung menangis dan risau sambil bertanya kepada adik saya kenapa dengan Bobboy. Kemudia dia diam. Saya tak dapat menahan tangisan saya. Masih memeluknya dan mengusapnya. Saya meletakkan dadanya di telinga dan saya tidak dengar apa-apa dan tiada lagi kumat-kamit dimulutnya.

Saya tidak mahu menerima hakikat, saya masih membelai-belainya sambil menangis-nangis tidak tertahan. Lama saya membelai sambil menangis saya mengharapkan dia cuma terkaku. Adik saya hanya mampu melihat gelagat saya yang masih mengusap-usap Bobboy yang dah kaku tidak bernyawa.

8.15pm, Bobboy pergi meninggalkan saya dan kenangan manis saya bersamanya.

Kini baru saya faham bagaimana rasanya kehilangan binatang kesayangan. Ia bukanlah perasaan yang dibuat-buat. Saya sendiri tidak menyangka sampai begini dalamnya saya meratapi pemergiaannya.

Mungkin kerana saya sudah membina bonding dengannya, dia sudah pandai bermain dan bermanja. Saya merasakan mungkin kerana kecuaian saya dia jatuh sakit dan menyiksanya hingga kesaat-saat terakhir. Mujur saya menghabiskan masa membelainya dan memuji-mujinya dan meluahkan kasih sayang saya padanya disaat-saat akhir itu.

Ya, melihat pemergiaannya didalam ribaan saya itu sangat menyiksakan.

Saya bungkuskan tubuhnya dengan baik dan letakkan didalam kotak yg elok. Saat melihat teman lelaki dan adik saya pergi kecelah-celah semak untuk menanamnya membuatkan air mata saya terburai lagi. Betapa saya mengharapkan ini tidak akan terjadi terhadap tubuh yang kecil dan comel itu.

Teman lelaki saya cuba menenangkan saya. Selepas menanam Bobboy, dia membawa saya ke kedai pet di Damansara Utama. Dia membelikan saya seekor anak kucing parsi yang sangat playful. Saya sebak. Ia bukan sebagai ganti Bobboy, tapi teman baru pengubat luka. Bobboy tetap dihati saya. Rest in peace Bobboy. Kakak loves you so much. I will always remember and pray for you.


Loves, Hugs and Kisses,
Your Kakak.

 
 

I don't want to waste your time reading my explanation on getting paid of each time my profiles are viewed. Let's the video interactively explained to you.

Just click HERE!




 
 

Saturday March 15, 2008

Do the right thing

THE aftermath of the 12th general elections has received diverse views from different personalities with regards to the consequence of the power of the voting public. One thing is clear, none in the past or present leadership of Barisan National can absolve themselves of blame. 

As part of the leadership of the Youth wing of Gerakan, I have learnt that staying silent when we should have spoken up may not be the wisest thing to have done. 

For the healing process to begin, we have to be honest and forthright about ourselves. It is clear that we are in this predicament because we have put party and self above nation. 

In this respect, it is not enough for the acting president of Gerakan to be a gentleman in conceding defeat to his opponent. 

What is important is for him to do the right thing and apologise to all Indians in the party whose feelings he has hurt and whom he insulted before the elections. 

The choice of candidates of one ethnicity in a multiracial party has proven to be a poor one, especially when the candidates he chose were of poor quality and without merit. 

The public have proven to be informed and intelligent; people who cannot be fooled by mere rhetoric and who will not accept flimsy excuses and reasons. 

Datuk Seri Lim Keng Yaik in blaming the Prime Minister’s advisers must also not forget to blame those who have wrongly advised the Gerakan leadership in many matters, from the fiasco of choosing the Chief Minister of Penang to picking the right candidates for the general election, to choosing to remain silent on many issues when speaking up would have saved the party some credibility. The results of the elections have provided the party with an opportunity to reinvent itself. Is the party a private club for certain individuals? Is it solely for Chinese educationists or is it still going to be a multi-racial party in line with the aspirations of its founding fathers. 

Limiting non-Chinese to fringe roles and rewarding them with Senatorships is hardly going to fool a more informed and intelligent voting public. 

There are many reasons why the people have chosen to vote against Barisan, but let us not forget that the slide began during the 22-year rule of the former prime minister. 

Let us not forget that he chose the Gerakan AGM to announce that Malaysia is a Islamic country, a pronouncement that had not gone down well with many Malaysians. 

Strangely not many in the party protested. If the party leadership is honest then they must look at the slide that began during that time and not conveniently point fingers at the prime minister who has made dissent possible. 

STEPHEN DOSS, Youth & NGO bureau chief, National Youth Central Committee Member, Gerakan Youth.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Note: I found this article is kinda interesting and mind-triggering.It was written by Stephen Doss. He is a Youth & NGO bureau chief, National Youth Central Committee Member, Gerakan Youth and also President of Persatuan Pemuda Negara Malaysia. The original source of this article is published in The Star Newsapaper and can be viewed online HERE.

 
 

Tuesday March 11, 2008

MARKET BOGGED DOWN BY CONCERNS
New Analysis by Joseph Chin


AS investors brace for more bad news from the United States over an imminent recession, Barisan Nasional’s shocking loss added more gloom to the market, sending the KL Composite Index (KLCI) to a 12-month low of 1,173.22 points.

The stock market suffered its biggest loss in its history yesterday, with the KLCI plunging 123 points, or 9.5%, in its worst one-day performance since the Asian financial crisis when the 100-stock index tumbled 95.59 points to 349.56 on Sept 8, 1998.

Of course, the weak Asian markets, which recorded losses of between 1.04% and 4.84% yesterday, also added to the pall over the local market.

Foreign selling on worries over the country’s political future triggered the broad sell-off on Bursa. The loss of Kedah, Penang, Perak and Selangor to the opposition also cast doubts over the fate of the major infrastructure projects slated to be implemented in these states.

There were concerns over whether the Equine Capital Bhd-initiated Penang Global City Centre and the Penang monorail project, led by Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) and Scomi Engineering Bhd, would be implemented. Equine lost more than half its value when its share price plunged 72 sen to 71 sen while MRCB fell 66 sen to RM1.27.

The projects are also part of the Federal Government-initiated Northern Corridor Economic Region, covering Penang, Kedah and Perak.

Investors sold down shares in Kumpulan Perangsang Selangor Bhd, JAKS Resources Bhd and also Puncak Niaga Holdings Bhd on worries that the Pahang-Selangor water transfer project could be affected by the impending change of government in Selangor.

Government-linked counters also came under selling pressure, with Sime Darby Bhd, Bumiputra-Commerce Holdings Bhd, Tenaga Nasional Bhd, Bursa Malaysia Bhd and Telekom Malaysia Bhd among the major losers.

Does the selldown offer any buying opportunities at current levels, especially after RM86.16bil was wiped out from the market capitalisation yesterday?

Fund managers believe the market is oversold, which could mean there are buying opportunities in plantation counters, given that crude palm oil prices are still above RM3,000 per tonne, and these companies are also well-managed and fundamentally strong.

They expect a mild rebound after the heavy sell-off, provided there are no untoward incidents.

However, the caveat is that Malaysia’s political scenario is still fragile while external issues including the US credit market crisis and imminent recession will keep investors on the sidelines at least for a few weeks.

As the head of institutional dealing at a local bank-backed brokerage puts it: “It's like a falling knife; you won’t know when to catch it.”


Source: The Star Online

 

Chix at Six © 2008. Kuala Lumpur, Malaysia.